Monday, 7 November 2016

Buta Huruf yang berjaya


Assalamualaikum , 
Ini adalah cerita motivasi bagi mereka yang selalu down dalam kehidupan sekarang. Harapan saya selepas anda baca kisah ini anda akan mendapat semangat semula. 

Ada seorang Pemuda yang buta huruf bekerja sebagai penjaga sekolah. Sudah ± 20 tahun dia bekerja disana.Suatu hari Pengetua sekolah itu telah bertukar yang baru dan menerapkan disiplin baru. Semua pekerja harus boleh membaca dan menulis maka penjaga yang buta huruf itu, terpaksa tidak boleh bekerja lagi. Awalnya, dia sangat sedih. Dia tidak berani langsung pulang ke rumah dan memberitahukan isterinya. Dia berjalan pelahan sepanjang jalananya

Tiba² muncullah idea untuk membuka kios di jalanan itu. Tidak disangka, usahanya sukses, dari satu  kios sampai jadi beberapa kios. Kini dia jadi seorang Pengusaha yang sukses dan kaya.
Suatu hari, dia pergi ke bank untuk membuka akuan bank, namun kerana buta huruf, dia tidak dapat mengisi form dan pegawai Bank yang membantunya. Pegawai Bank berkata, : "Wah, Encik buta huruf saja boleh punya wang sebanyak ini, apalagi kalau boleg membaca dan menulis, pasti lebih kaya lagi." 
Dengan tersenyum dia berkata, : "Kalau saya boleh membaca dan menulis, saya pasti masih menjadi penjaga sekolah."

Apa yang merupakan musibah, boleh saja jadi BERKAT.  

Dibalik masalah, pasti ada Berkat... Jadi, sikapilah dengan sabar & bijak ...

Lakukan bahagian kita secara MAKSIMAK dan biarlah TUHAN melakukan bahagianNYA... Sekalipun seolah² tiada pertolongan dan jalan keluar dalam masalah hidup kita JANGAN  BERONTAK MENYALAHKAN TUHAN.

Kerana manusia hanya mengetahui apa yang di depan mata, Tetapi TUHAN MENGETAHUI JAUH KEDEPAN TENTANG RENCANA YANG INDAH BAGI MEREKA YANG MENGASIHI DIA.

(*)  BERKAT  (*)
Tak selalu berupa emas, intan permata, atau wang banyak...... bukan pula saat kita tinggal di rumah mewah ataupun  memiliki harta berlimpah......

Namun BERKAT adalah ....
Saat kita kuat dalam keadaan putus asa....
Mampu tetap bersyukur ketika tak punya apa-apa......
Mampu tersenyum saat diremehkan...
Mampu tetap taat walau hidup teramat berat...

💖 tetap semangat 💖
 GOD Bless you
Think BiG & LOVE ALLAH

No comments:

Post a Comment